One Kafe nadi gig Kuala LumpurAnjakan Seni bersama Abd. Aziz Itar
Utusan Malaysia 30 March 2011
"Usaha
One Kafe yang membuka peluang premis itu bagi mengadakan persembahan kecil-kecilan atau
gig setiap Sabtu dan Ahad harus diberi pujian. Secara tidak langsung ia akan menjadi ruang dan membuka peluang kumpulan-kumpulan tempatan beraksi di atas pentas persembahan"
"Ketika ini, kelab karaoke itu menjadi satu-satunya kelab yang paling aktif menganjurkan gig di
Kuala Lumpur di mana ia tidak terhad kepada muzik rock semata-mata. Banyak juga kumpulan muzik punk, hardcore dan
thrash metal yang turut diberi peluang beraksi di situ"
"One Kafe seolah-olah mengingatkan saya kepada banyak kelab-kelab terkemuka di luar negara seperti
CBGB di New York, Amerika Syarikat (AS) yang terkenal dari pertengahan tahun 1970-an sehinggalah ia ditutup beberapa tahun lalu"
"Di harap kafe yang terletak tidak jauh dari Jalan Chow Kit itu akan terus aktif menganjurkan persembahan. Seperkara lagi, One Kafe sering mengundang kumpulan dari luar negara. Kumpulan dari AS, Jepun, Indonesia, Sweden, Singapura, England dan Thailand pernah mengadakan persembahan di situ. Antaranya, gig
Warbringer,
Dying Fetus dan
Misery Index dengan tiket RM50, ia agak murah bagi artis-artis dari luar negara"
Article source: MUZIKMETAL.blogspot.com