Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

31.3.11

Sabbat live in Singapore (2007)



Sabbat (from Japan)

supporting act
Xanadoo
Tormentress

Ironfist

Devastator
(from Malaysia)

26 May 2007 (Saturday)
Gas Haus, Singapore

"Gezol, pengasas utama dan bassist/vokalis band ini (Sabbat) ternyata cukup peramah dan punya attitude tersendiri. Persembahan Gezol dan teman-teman memang tip top dan saya klasifikasikan sebagai gred A walaupun mutu bunyi pada masa itu kurang memuaskan. Meskipun begitu, penyampaian vokal Gezol yang mantap serta persembahan keseluruhan anggotanya yang bagus ditambah dengan aksi selamba Gezol, tidak mengecewakan mereka yang hadir. Mereka memberikan kepuasan yang maksima terhadap saya dan penonton lain. Pada petang itu, kumpulan lagenda '80-an Jepun ini yang pernah mengeluarkan single dan album sejak mereka ditubuhkan pada pertengahan '80-an, membawakan lagu-lagu lama yang boleh diandaikan sebagai lagu kegemaran ramai. Antaranya Blackfire, Satan Bless You dan beberapa lagu lain"

Review source: MUZIKMETAL.blogspot.com

29.3.11

Heaven & Hell live in Singapore (2007)





Heaven & Hell (from UK/USA)

27 October 2007 (Saturday)
Fort Canning Park, Singapore

"Lagu Heaven and Hell dengan riffs catchy pada awal lagu tersebut telah membuat penonton menyanyi bersama. Pada pertengahan lagu tersebut, terdapat lighting efek yang dipancarkan ke arah Dio, membuatkan dirinya menjadi merah! Begitu simbolik, begitu menakjubkan! Selesai sahaja lagu Heaven and Hell, setelah Dio melaungkan 'I love Singapore, it's a beautiful country', pentas menjadi gelap. Ramai penonton yang menyangkakan persembahan sudah berakhir, mula mengorak langkah menuju ke pintu keluar dari lokasi konsert. Pekikan 'We want more!' dilaungkan beramai serta ada pula yang menyanyi serentak riffs awal lagu Heaven and Hell. Tidak sampai lima minit kemudian, Dio, Iommi, Butler dan Appice muncul kembali disambut sorakan hebat para penonton. Pentas kembali terang dipancari cahaya lampu neon. Ya, neon... Neon Knights menjadi lagu terakhir dari Heaven and Hell. Selesai membawakan lagu tersebut, Dio menghargai sokongan gila peminat dari Singapura dengan ayatnya 'You people are bloody wild!'"

Review source: MUZIKMETAL.blogspot.com

10.3.11

Megadeth live in Singapore (2007)



Megadeth (from USA)

26 October 2007 (Friday)
8.25 pm
Fort Canning Park, Singapore

"SleepWalker sebuah lagu yang dipetik dari album terbaru mereka United Abominations menjadi penghulu lagu pada malam tersebut. Tanpa bicara sejurus tamat lagu pertama terus sahaja lagu Take No Prisoners menjadi pertaruhan mereka pula. Adunan muzik semakin mantap dan seimbang apabila lagu Wake-up Death di track ke-3 dimainkan. Diikuti oleh lagu Skin... My Teeth. Seterusnya 2 buah lagu lagi dari album terbaru mereka iaitu Washington Is Next dan peminat terus histeria menjerit dan mula menyanyi bersama apabila lagu A Tout Le Monde didendangkan. Di sana-sini kerdipan cahaya api dari lighter mula kelihatan!!!"

Review source: MUZIKMETAL.blogspot.com

21.2.11

Digital Underground (1997)



Digital Underground

Enslaved Chaos
Dust Components

Spiral Kinetic Circus
(alternative rock)
Vertical Speed
(psychedelic stones)
Chronic Mass
(hardcore)
Damage Digital
(from Japan)

10 August 1997 (Sunday)
Fire Discotheque, Kuala Lumpur

"Yes, this was yet another DIY underground gig - the main source of cutting-edge live action in the capital city for quite some time now. As such, the Fire Discotheque has become something of KL's very own CBGBs with the frequent gigs attracting a healthy turnout of punks, metalheads, skins and indie pop punters"

"With a Yngwie Malmsteen-type axe murderer in tow, Dust Components blew the cobwebs away with their Sepultura-meets-Machine Head fury and their version of Metallica's Creeping Death certainly had portions of the crowd engaged in some pretty violent head shaking"


"In the brief twenty minutes that Damage Digital were on stage, the 400-odd crowd was transformed into a mosh pit of tsunami proportions"


Review source: MUZIKMETAL.blogspot.com

20.2.11

Black Sabbath live in Singapore (1995)



Black Sabbath (from UK)

12 December 1995 (Tuesday)
Harbour Pavilion, Singapore

"The concert starts with some portentous music played from a tape. Right on cue, Black Sabbath vroom in with Children Of The Grave"

"While the youngsters start moshing and body surfing, the older fans opt to just sit down and perform some coordinated rocking of their seats as Tony Iommi's guitar crunches out the riffs to all those songs about doom and gloom. Heaven And Hell, Neon Nights, Headless Cross are all given the familiar crashing drums, boomy bass, screaming guitar treatment"


"Generally, it isn't a very good heavy metal gig. Iron Man is probably the closest thing they get to heavy metal; the rest of the show seems more like a rough version of a Bon Jovi gig. But for the fans, that Black Sabbath has been here at all is all that really matters"




Review source: MUZIKMETAL.blogspot.com

18.2.11

Loudness live in Singapore (1989)



Loudness (from Japan)

October 1989
Musical Fountain, Sentosa Island, Singapore

band lineup
Mike Vescera (vocal), Akira Takasaki (guitar), Masayoshi Yamashita (bass), Munetaka Higuchi (drum)

"Konsert yang diadakan selama dua malam itu selain bertujuan untuk mempopularkan album Soldier Of Fortune juga adalah merupakan salah satu dari program kumpulan ini menjelajah Asia Tenggara"

"Walaupun persembahan kumpulan ini tanpa penyanyi asal, Minoru Niihara yang telah menarik diri tetapi persembahan Mike Vescera, penyanyi yang berasal dari Los Angeles ini tetap hebat. Kepetahannya menyanyikan lagu-lagu berbahasa Jepun yang telah dirakam sewaktu bersama Minoru sentiasa mendapat tepukan hangat dari rockers Singapura"




Review source: MUZIKMETAL.blogspot.com

10.2.11

Konsert Cromok (1992)



Konsert Cromok

opening act
Suffercation

10-12 July, 1992 (Friday to Sunday)
9.00 pm
Life Centre, Kuala Lumpur

"Sekali pun hanya menyampaikan lima buah lagu dari album terbaru mereka, Suffercation benar-benar menunjukkan kewibawaan mereka. Apa yang lebih membanggakan kemampuan mereka setanding dengan persembahan kumpulan muzik Barat. Dengan muzik mantap, gaya persembahan hebat serta pemilihan lagu-lagu bersesuaian pada malam tersebut, tidak mustahil kumpulan tersebut mampu mencipta nama yang lebih gemilang dalam arena muzik Death Metal suatu hari nanti. Sekalipun sebagai kumpulan undangan, Suffercation tetap hebat dengan gaya serta skil mereka yang tersendiri"

"Gandingan Karl, Sam, Miji dan seorang pemuzik undangan dengan skil masing-masing mempamerkan bukan sahaja muzik yang mantap tetapi persembahan pentas mereka benar-benar memukau. Sam, di samping bermain gitar (bass) juga mampu menunjukkan mutu suara membanggakan dengan sebutan jelas. Cromok terus menghangatkan suasana dengan lagu-lagu dari album sulung mereka, Image Of Purity dan beberapa buah lagu dari album terbaru mereka yang akan dipasarkan tidak lama lagi"

***

Cromok's performance was recorded and finally released on CD in 2008. Below are some photos of Cromok and Suffercation from the concert.



Review source: MUZIKMETAL.blogspot.com

9.2.11

Konsert Thrash Johor (1990)



Konsert Thrash

Punisher
Betrayer


guest band
BumiPutra Rockers (rock)

5 June 1990 (Tuesday)
Stadium Kluang, Johor

"Punisher dari KL dengan barisan 5 anggotanya memulakan persembahannya dengan lagu Eternal Nightmare (Vio-Lence). Lagu pertama saja sudah cukup membuatkan suasana jadi ribut dengan gaya head bangin' dan gegaran muzik yang terlalu agresif. Mereka seterusnya mendendangkan lagu Like Father, Like Son (Exodus), One (Metallica) dan lagu lama 70-an dari Black Sabbath berjudul War Pig"

"Satu lagi kumpulan thrash dari KL, Betrayer pula naik pentas. Gaya kugiran thrash semuanya sama, mesti ada head bangin' dan buat mimik muka hantu. Betrayer memainkan lagu Crionics (Slayer), Feel The Fire (Overkill), Tired And Red (Sodom), Cross Of Fire (Nuclear Assault)"

***

This concert was organized by Mama Promotion. Below are some photos of Punisher and Betrayer.





Review source: MUZIKMETAL.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...